here for everything!

Saturday, May 13, 2017

kenapa manusia menjerit ketika marah?

Seorang syeikh berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak. Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya: Mengapa orang yang saling berteriak jika mereka sedang marah?Salah seorang dari murid itu menjawab: Kerana kehilangan sabar sebab itulah mereka berteriak. Tetapi, megapa harus berteriak kepada orang yang berada disebelahnya? Bukankah pesan yang ia sampaikan boleh diucapkan dengan perlahan saja? Tanya Syeikh bagi menguji muridnya. Muridnya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satupun jawapan yang mereka sepakati. Akhirnya Syeikh berkata: Bila dua orang sedang marah, ketahuilah bahawa hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataanya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya. Kerana jarak kedia hati semakin jauh. Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jauh cinta. Mereka tidak saling berteriak diantara satu sama lain. Mereka berbicara dengan lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara kedua hati yang sangat dekat. Bila mereka semakin lagi mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi berbicara. Meraka hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih sayang. Pada akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Cukup dengan hanya saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi. Syeikh tadi memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut: Jika terjadi pertengkaran diantara kamu, jangan biarkan hati kamu berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian jauh. Kerana jika kita membiarkannya, satu hati jaraknya tidak akan lagi dapat ditempuh. ❤

No comments:

Post a Comment