here for everything!

Wednesday, September 30, 2015

cindalela kihkihkih

Segalanya seperti kisah Cinderella. Aku hilang sebelah kasut tumit tinggi lepas solat Maghrib di surau. Dan sekarang, ada segerombolan orang istana di depan rumah, sedang memanggilku keluar. 

"Ada apa ni encik?"

"Putera kami menjumpai sebelah kasut. Dan tuan Putera mahu mencari pemiliknya.."

Lalu mereka mencuba dan padan dengan kakiku. 

"Kamulah orangnya.."

Aku sengeh. Jodohku rupanya hinggap di tangga istana. Hebatnya kuasa tuhan. Maka, keluarlah Sang Putera dari kereta kuda, kulihatlah kakinya turun dahulu, berkasut but hitam dan berkemeja hitam.. tinggi, Hihi.

Langut sahaja mukanya menghadapku.



"Sanggupkah kau menjadi puteri istana ayahanda beta?"

"Sebenaqnya, tu kasut pinjam.."


No comments:

Post a Comment