here for everything!

Thursday, August 27, 2015

cerpen: jodoh mungkin..?

“KAHWIN, kahwin, kahwin, bla bla bla..!”
Aku bersuara perlahan sambil rolling eyes dari tadi. Meluat pulak tengok sepupu-sepupu perempuan aku ni asyik cakap pasal topik kahwin dari tadi. Asal ada family gathering je, mesti tak lari dari topik kahwin! Come on lah, banyak lagi kot topik boleh dibualkan selain topik kahwin. Yang aku lagi tak boleh blah yang umur baru 17 tahun lagi over dan pro bila cakap pasal kahwin-kahwin ni.
“Oh my god, did you just said that he proposed you?!” Elena (sepupu tua setahun dari aku, I’m 25 y/o and she’s 26 y/o) tekup mulut tanda excited plus terkejut.
Farah angguk perlahan sambil tunduk blushing. Malu!
“Iskandar melamar kau??” Lantang suara Kak Shila bagai nak semua orang dalam rumah banglo milik Uncle Johan dan Aunty Kirana tau! Aku pulak sengih-sengih fake je. Well, takdalah terkejut mana pun since relationship Farah dengan Iskandar pun memang dah lama and kitorang dah sedia maklum pun.
“Tahniah Kak Farahhhh! Boleh lah serentak dengan majlis Kak Shila nanti. Senang!” Amboi si Farisha yang baru 17 tahun tu kemain dia yang over!
Kemeriahan dan kelantangan suara dorang ni mengundang kehadiran aunties and uncles kitorang. Nak tau jugak apa yang meriah sangat! Mama pun ada. Aku pulak tengah cari jalan macam mana nak blah dari situ tapi tak tunjuk macam ada gaya nak blah. Macam mana?
“Betul ke Farah? Bila dia nak hantar rombongan?” Aunty Faridah merapati anak gadisnya itu.
“Dia cakap dia akan datang dengan family dia next week. Apa kata mama and papa?” Farah yang memang lemah lembut tu bersuara perlahan.
“Hah mama dengan papa setuju sangat!” Uncle Rashid tersengih lebar sambil berpeluk tubuh.
Masing-masing tersengih-sengih suka.
“Elok sangatlah tu. Boleh sekali jalan je dengan majlis Shila nanti!” Aunty Kirana excited.
“Happynya lah tengok anak-anak semua dah nak melangsung kan Idah, Ina…” Mama tiba-tiba mencelah.
Ah sudah! Jangan mama nak mention pasal aku dah lah.
“Ni ha anak dara kita yang sorang ni si Hanny….”
“Err..Kejap! Hanny nak pergi toilet, sakit perut!” Aku terus berlari anak acah-acah nak tercirit (alasan paling favorite bila setiap kali aku jadi bahan dalam topik kahwin). Mama tercengang dengan mulut ternganga sebab ayat dia tak habis.
Yang lain tercengang jugak! Hanny ni bila cakap pasal bila dia nak kahwin, mesti mencicit cari jamban. (Mungkin itulah yang dorang fikir kot!)
********
ORANG ramai berpusu-pusu berebut memasuki pintu LRT sebaik ia terbuka. Aku mulanya malas nak rempuh-rempuh tapi manusia-manusia yang tak sabar kat belakang aku ni dah buat aku join sekali dalam scene rempuhan. Punyalah tak sabar makcik belakang aku ni sampai ditonyohnya badan aku membuatkan aku terdorong ke depan. Selamat tak tergolek!
“Kerusi kosong, kerusi kosong..” Kepala aku terus melilau mencari tempat duduk.
“Gotcha!” Aku dengan pantas membawa langkah ke arah sebuah kerusi yang cuma ada satu je ruang yang masih belum diduduki. Punggung ku henyak sesedap rasa sampai handbag gedabak aku terkena lengan pemuda memakai baju kemeja putih (lengan dilipat) yang tengah membuta sambil berpeluk tubuh itu.
“Opps sorry.” Aku tarik handbag jauh darinya. Mamat tadi tak bukak mata pun cuma berpusing ke arah bertentangan je. Aku angkat bahu sambil cebik bibir. Macam biasa telinga aku sumbat earphone, volume paling kuat aku bukak. Buku Haruki Murakami tajuk Underground aku gagau dalam handbag. Sambung baca.
10 minit berlalu. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Mama call!
“Wa’alaikumsalam Ma…”
“Hanny on the way balik ke tu?”
“Yup I’m on my way, dalam LRT ni. Kenapa?”
“Saja mama call. Mama pergi cari baju untuk wedding Shila dengan Farah tadi.”
“Ohh warna apa Ma?”
Aku melayan perbualan dengan mama. Tiba-tiba aku perasan mamat kat sebelah aku tu pun terbangun sebab ada orang call.
“Haha Ma warna tu tak nampak gelap ke? Tak nak lah..”
“Okay what. Mama rasa cantik je. Hanny…” Mama bersuara slow tetiba. Macam nak cakap something. Ma please, not this time!
“Ya Ma…” Suara ku kuatkan sikit sebab suasana kat dalam LRT ni agak hingar plus mamat dekat sebelah aku ni pun tengah bercakap jugak dalam telefon.
“Kamu ni memang takda calon ke? Ke ada tapi kamu yang taknak? Cuba cakap betul-betul dengan mama. Mama teringin sangat nak tengok anak mama ni sama-sama naik pelamin dengan Farah, Shila..”
“Ma… don’t you know me?” Aku dah agak! Haih bosannyaaaaa.
“Sampai bila kamu nak macam ni Hanny..?”
“I don’t wanna get married Ma.” Serentak aku pusing ke arah kanan menghadap muka mamat tu dan dia pun sama toleh ke arah aku! Macam mana dia pun boleh cakap dialog yang sama dengan aku pulak ni. Serentak pulak tu. Dia masih pandang aku pelik. Aku muncungkan mulut ke arah telefonnya tanda suruh dia sambung on call. Dia terus berdehem awkward.
“Ha ya Ma. Ada ni ada ni..” Dia sambung perbualan. Kebetulan dah sampai destinasi aku. Pantas aku angkat punggung.
“Ma I’ll call you back.”
********
SERBA PUTIH! Itu yang aku boleh cakap tentang wedding of the year Kak Shila dengan Abang Khalil also Farah dengan Iskandar ni. Raptai yang tengah berlangsung ni sangat lah meleweh. Blerrghh perlu ke nak raptai bagai? Aku berdiri macam batu kat sebelah Farah sambil dengar instruction Kay The Wedding Planner tentang pergerakan pengantin esok. Almaklumla aku ni pegang jawatan sebagai pengapit Farah esok. Pasangan pengapit aku, maksud aku pengapit Iskandar aku tak tau kat mana and siapa. Ah tak kisah lah. Yang penting aku nak cepat habis, cepat balik. Penat dah ni. Pulak tu kena paksa pakai heels bagai. Aku dah lah tak berapa berkenan pakai kasut tinggi ni. Kalau kahwin pakai Vans je tak boleh ke?
“Hanny okay?” Farah bersuara lembut.
“Eh okay-okay. Takda hal. Hanny ikut je semua.” Aku sengih luas.
“Kak Hanny nampak macam tak selesa je dengan heels tu hehe!” Farisha si budak kecik ni tiba-tiba menyampuk.
“Haha. Okay je. Akak kena banyak practice jalan malam ni!”
“Takpa Kak, kalau Kak Hanny jatuh terpelecok esok, mesti ada hero nak sambut!”
“Ish budak ni memandai je. Takdanya hero nak sambut, Kak Hanny sambut diri sendiri je haha!”
*******
THE NEXT DAY…
“Get her some flowers!” Kay bersuara lantang memberikan arahan kepada crewnya.
Jam dah dekat pukul 2 petang. Pengantin-pengantin dah get ready nak masuk grand ballroom. Aku? Ready tak ready lah dengan kasut heels bagai. Flower crown atas kepala aku adjust sikit. Baju kurung moden warna pink pastel bertahtakan labouci ringkas aku betulkan kedudukan kot-kot ada benang tercarik ke apa ye dak? Okay I’m ready! Tapi masalahnya kitorang tak boleh gerak ke ballroom lagi sebab…
“Mana kau bro?” Iskandar bercakap dengan seseorang di talian. Aku pulak buat last check up terhadap Farah untuk memastikan tiada apa yang spoil.
“Are you nervous?” Aku berbisik perlahan ke telinga Farah.
“A bit. How about you?”
“My heels makes me want to kill myself haha!” Aku buat muka. Farah gelak kecil.
“I’m really really sorry bro. Jalan jammed tadi.” Seorang jejaka yang aku tak nampak muka terus mengambil tempat di sebelah Iskandar. Takda masa aku nak jenguk. Hish buang masa orang je nak tunggu kau!
“Okay get ready guys. 1, 2, 3…” Kay buat tanda isyarat kepada crew untuk bukak pintu dan kami berjalan perlahan menuju ke grand ballroom. Aku cuba maintain cool habis dengan gaya lihatlah-diriku. Tegak bulu roma bila pintu utama di buka dan kedengaran lagu A Thousand Years versi instrumental di pasang sebagai muzik pengiring. Hmm kalau wedding aku nanti nak pasang lagu Welcome To The Black Parade by MCR boleh tak hehe!
“Cool Hanny cool…” Aku berkata dalam hati sambil jalan kepit gila! Mata-mata para jemputan tertumpu ke arah kami. Di hadapan kami ada enam orang flower girls umur around 4-5 tahun jalan tergedek-gedek . Alahai comelnya. Tiba-tiba bunga milik one of flower girl depan aku ni terjatuh dan aku pun dengan pantas terbongkok nak capai balik bunga tu. Tapi nasib aku kurang baik disebabkan keadaan ruang nak menuju ke pelamin tu agak tinggi dan sarat dengan bunga-bunga hiasan aku pun terhuyung-hayang serasa macam kaki dah tak jejak lantai sebelum….
“Hanny!!!!”
“Awwhh.”
Tu je yang aku dengar sebab aku pejam mata semahunya. Aku cuma bukak mata bila sedar yang tangan aku telah diragut sepantas mungkin oleh… Eh?!
Mamat ‘I don’t wanna get married’ masa dalam LRT tempoh hari!
“Are you okay?” Dia bersuara. Suasana jadi senyap sunyi tetiba. Semua mata tertumpu ke arah kami. Pengantin-pengantin pun! Semua freeze tetiba.
“Aa.. I’m… I’m okay…” Entah kenapa kerongkong aku macam tersekat nak keluarkan suara.
“Thank god!” Kedengaran suara seseorang.
“She’s fine!” Satu suara lagi. Kemudian majlis tetiba berlangsung seperti biasa. Semua orang dah tak freeze lagi. Mamat tadi macam nak tergelak tapi cuba ditahan sambil tanganku dilepas dan dia mengambil tempat semula di sebelah Iskandar.
Ya Allah…. malunya!! Selamat aku tak tergolek depan orang ramai tadi. Buat malu kaum je! Tapi macam mana mamat ni tadi boleh dengan pantas pegang tangan aku? Aku tak perasan pun? Ke dia ni sengaja nak buat scene ala-ala Edward selamatkan Bella dari kena langgar dengan van dalam filem Twilight? And one more thing, did he just smirking tadi?
Maluuuuu!
**********
1 WEEK LATER.
Aku tutup muka dengan kedua tapak tangan. Bila setiap kali teringat kejadian aku hampir tergolek masa wedding Farah dengan Kak Shila, muka jadi panas, pulak tu terbayang muka tahan gelak mamat ‘I don’t wanna get married’ tu lagilah aku bengang! Pulak tu sepanjang jadi pengapit tempoh hari dia asyik tengok-tengok aku, pastu bila aku tengok dia balik, dia buat muka tahan gelak dia! Geram pulak aku. Selamat aku takkan jumpa lagi mamat tu. Kalau tak memang perasaan malu ni will never let me go!
LRT muncul. Semua berpusu-pusu ke arah pintu masuk. Aku turut angkat punggung dari kerusi menunggu yang ku duduki. Hari ni orang MasyaAllah ramainya. Confirm macam sardin ni. Aku tak dapat duduk pun. Terpaksa berdiri di dalam sesak-sesak orang ramai. Apasal lah area tempat aku berdiri ni ramai lelaki? Besar-besar pulak tu. Tiba-tiba…
Aku cuba bergerak dalam terpaksa walaupun aku tak boleh pergi jauh sebab terlalu pack tapi aku cuba jugak asalkan tangan kekar lelaki pervert mana tah yang melekat dekat punggung aku ni dapat melepaskan tangan gatalnya itu! Kurang ajar betul. Sikit lagi aku nak jerit sebelum…
“Get your fucking hand away from my wife!” Lelaki itu dengan pantas merentap tangan gatal miang nak mati lelaki pervert itu jauh dari punggung aku sebelum dia menarik aku ke arah bertentangan. Aku berada di hadapan pintu LRT dan dia berdiri menghadap aku seolah ingin protect aku dari badan-badan lelaki yang bersesak di situ.
Kejap, kejap! Siapa dia ni? Aku terpaksa mendongak untuk mencari lelaki yang telah menyelamatkan aku dari berterusan menjadi mangsa sex maniac di dalam LRT ni.
“It’s a second time.” Ucap lelaki itu cool habis tanpa memandang wajah aku.
Eh? Mamat ‘I don’t wanna get married’!
“You again??” Aku hampir nak menjerit. Tadi masa kena raba tak sempat nak jerit, time ni baru rasa nak jerit.
“I tak pekak lagi.” Dia pandang tepat ke muka aku. Aku tetiba jadi serba tak kena. Dengan keadaan kitorang yang sangat rapat, dengan bau perfume dia yang semerbak… Oh gosh!
“But yang part ‘my wife’ tu…” Aku tunduk. Malu weh!
“Habis you nak terus kena raba lah?”
“Hell no!” Aku kerut muka serius. Sakit kepala aku sebab asyik terdongak dari tadi. Tinggi benor dia ni!
“Act like my wife then. For now at least.” Mamat ni masih dengan muka serius.
Aku tunduk. Tak cakap apa-apa. Aku tak tau kenapa aku jadi malu. Dia pun diam jugak. Penumpang-penumpang semakin ramai memenuhi LRT di perhentian seterusnya. Memang kena rempuh habis-habisan. Lelaki ni pulak sedaya upaya menahan badannya daripada terkena badan aku, namun mungkin rezeki dia agaknya, entah siapa dok rempuh sekuat hati dari arah belakang menyebabkan badannya melekat rapat dengan badan aku sehingga….
Auch! Aset aku yang belum pernah mana-mana lelaki dapat rasa, but lelaki ni dah merasainya! Malu malu maluuuu! Aku pantas menutup dadaku menggunakan kedua belah tangan sambil buat muka macam nak menangis.
“I’m… sorry.” Muka putihnya memerah.
“You….” Mata aku mula berkaca!
“I’m really sorry!” Lelaki itu menggelabah dan cepat-cepat turun di perhentian seterusnya meninggalkan aku yang masih terkejut beruk akibat insiden tadi.
********
2 MONTHS LATER…
Dekat 2 bulan dah aku tak nampak lagi mamat tu dekat mana-mana. Even dalam LRT pun. Aku tak tau kenapa aku macam looking for him? Tapi dalam masa yang sama aku malu nak tengok muka dia. Yelah setiap kali ada pertemuan di antara kitorang mesti diselitkan dengan adegan yang memalukan! Ughh. Muka aku tetiba panas.
“Macam mana sayang? Okay tak? Mama suka je.” Sapaan Mama menghentikan lamunan aku.
“I bet she’s already fell in love with this apartment!” Stella tersengih suka.
Mata aku tak lepas memandang setiap sudut di dalam rumah apartment yang kosong ni. Living room luas, bilik tidur just nice, dapur cun, overall aku berpuas hati dengan keadaan rumah ni! Yup, aku dengan Mama bakal berpindah rumah. Since aku cuma tinggal dengan Mama je sejak Papa meninggal dunia, kitorang decide untuk pindah ke rumah yang lebih kecil dari rumah yang sebelum ni. Kata Mama dia tak larat nak jaga rumah besar-besar. So pada aku apartment yang kitorang tengah tengok ni memang sesuai sangat.
“Hany suka!” Aku tersenyum ke arah mama dan Stella (Estate Negotiator) sambil berjalan ke arah balkoni.
Rumah Unit 29 Apartment Sri Rampai ni memang sangat strategik kedudukannya kerana balkoni betul-betul menghadap bangunan-bangunan pencakar langit. Kalau waktu malamlah paling awesome sebab dapat tengok view city of lights. Pergh!
“I knew it!” Stella senyum bangga.
“Okay, so saya booking dulu ya. Let me know further about other fees too.” Mama membetulkan cermin mata. Stella terus explain satu-satu.
********
TANGAN ku gagau menekan butang naik lif apartment itu sambil memeluk kotak terakhir untuk di bawak naik. Kotak-kotak yang hampir menghalang pandangan aku tu sangat menyukarkan aku. Nak cepat habis punya pasal, last-last aku angkut semua sekali bawak naik.
Pintu lif terbuka. Aku terkial-kial masuk. Sewaktu pintu lif hampir tertutup…
“Wait!” Aku cuma dengar suara tapi tak nampak muka sebab kotak-kotak yang menghalang. Aku pantas tekan butang supaya pintu lif dibuka semula.
“Thanks.” Dia bersuara.
“You’re welcome!” Aku membalas ucapannya disebalik kotak-kotak.
Selepas itu suasana senyap sunyi sepanjang lif 9menuju ke tingkat atas sebelum aku tersedar sesuatu.
Eh bau perfume ni… macam… Aku pernah bau perfume ni somewhere! Jantung aku tetiba berdegup kencang. Is that him? Ah tapi macamlah dia sorang je pakai perfume ni kan? Aku cuba memanjangkan leher di sebalik kotak-kotak. Nampak dari belakang je. Orangnya tinggi, berkemeja hitam (lengan dilipat), berseluar slack, berkasut kulit warna dark chocalate sambil bawak beg silang kulit warna dark choc jugak.. Gaya macam baru balik office je.
Ting!
Level 24. Level aku ni! Pantas aku terkial-kial nak keluar bersama kotak-kotak aku.
“Excuse..” Aku baru nak bersuara supaya dia bagi laluan dekat aku tapi dia pun turut keluar dari lif itu jugak. Maksudnya dia satu level dengan aku lah.
Lelaki tadi berjalan agak laju ke hadapan sedangkan aku masih terkial-kial memeluk kotak-kotak. Aku masih tak dapat lihat wajahnya dengan jelas tapi bila aku tengok dia membuka pintu di sebelah pintu rumah aku tu barulah aku sedar yang we’re neighbour!
Malam tu lepas unpack and susun semua perabot, aku dengan mama lepak habis. Mama dah selamat tidur dah. Aku pulak rasa macam nak amik angin dekat balkoni sambil tengok permandangan. Aku berjalan menuju ke arah balkoni. Memang serious cantik! Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi aku. Aku sempat toleh ke kiri bila sedar ada kelibat yang baru masuk ke dalam rumah di balkoni jiran sebelah.
Hish misteri betul jiran aku ni! Siapa agaknya ya?
*******
“HANNY, tolong letak kuih ni kat meja depan.” Aunty Faridah menghulurkan pinggan berisi kuih muih kepadaku. Malam ni ada kenduri doa selamat kat rumah Aunty Faridah dan Uncle Rashid (Parents Farah) sempena keberangkatan mereka sekeluarga ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah minggu depan.
“Macam mana rumah baru Hanny?” Farah yang baru turun dari tangga berjalan beriringan dengan aku menuju ke ruang tamu.
“Everything’s good!” Aku tersengih. Tetamu semakin ramai yang hadir memenuhi rumah banglo 2 tingkat itu.
Setelah selesai majlis doa selamat dan tahlil ringkas, tetamu mula menjamu selera. Meja-meja bulat di susun mengelilingi kolam renang di luar rumah. Aku macam biasa join group gossip sepupu-sepupu ku sambil mengisi perut. Kak Shila yang sedang berbadan dua tu pun turut join the club!
“Kak Farah dah berisi ke?” Amboi si Farisha bagi soalan cepumas!
“Haha belum ada rezeki lah. Insha-Allah.. nanti-nanti adalah.” Farah ketawa tutup mulut. Yang lain tersengih-sengih dari tadi sebelum Elena tiba-tiba buat announcement.
“Guys, I’m getting married!” Elena senyum excited.
“Oh my god really?” Kak Shila dan Farah berkata serentak.
“Hujung bulan ni bertunang, hehe!”
“Congratulations!” Kitorang berkata serentak. Hmm nampaknya sekuntum bunga lagi kena petik…
Aku teguk air oren untuk membasahkan tekak sebelum mataku tertancap kepada satu raut yang cukup aku kenal!
That guy! That guy! Aku tersedak! Air oren tersembur keluar. Aku terbatuk-batuk. Dorang semua tercengang tengok aku. Farah kat sebelah mengurut belakangku perlahan.
“Hanny are you okay?” Farah bertanya.
“I’m okay.. Cuma err…siapa lelaki yang tengah berbual dengan Iskandar tu?” Aku memuncungkan mulut ke arah mamat tu. Mata dorang turut mengekori arah muncunganku itu. Serentak pulak tu!
“Dah-dah jangan tengok lama-lama!” Aku berbisik perlahan.
“Ohh laa. Tu kan pengapit Iskandar masa wedding that day! I mean pasangan pengapit kau lah!” Elena menoleh ke arahku sambil yang lain mengangguk laju. Aku saja buat-buat tak ingat padahal nak cover malu.
“By the way Zarif tu sepupu Iskandar, Hanny.”
“What?? Eh I mean, ohh…” Aku mula kalut. Janganlah dia perasan yang aku ada kat sini. Malu yang dulu tak habis lagi ni!
Sepupu-sepupuku sambung berbual seperti biasa dan aku pulak bawak diri pergi toilet supaya dapat mengelak dari bertentang mata dengan Zarif. Ya aku dah tau nama dia, Zarif!
Aku tutup toilet bowl dan duduk disitu. Haish! Macam mana kalau bertembung nanti? Malunyaaa. Tapi deep down… aku sebenarnya macam… suka? Suka? Are you serious Hanny? Yelah dah lama kot tak nampak dia. Hmm kenapalah aku tak tengok lama-lama sikit tadi muka dia yang handsome tu. Simple je pakai baju melayu and kain pelikat oh my god so hot!
Okay-okay enough Hanny. So better kau keluar je and kalau bertembung pun kau senyum jelah! Senyum? Lepas tu nak cakap apa? Hai Stranger? Ughh sumpah aku memang takda pengalaman kalau bab-bab ni! Silap-silap si Farisha tu lagi pro. Hmm senyum jelah! Tapi kalau dia tak senyum balik? Huh okay tu belakang cerita. Aku terus bangun dan menuju ke pintu tapi….
“Eh apasal tak boleh bukak ni? Ketat pulak dia!” Betul lah kata Aunty Faridah tadi pintu toilet ni problem sikit. Selalu susah nak bukak dari dalam. Kena ada orang tolak dari luar. Ah sudah! Ada orang ke kat luar tu? Aduih. Aku cuba tarik lagi namun gagal. Ketat betul!
“Hello? Ada sesiapa dekat luar tu? Tolong tolakkan pintu ni boleh tak? Hello?” Aku ketuk-ketuk pintu dari dalam.
“Hello? Tolong lah.” Aku ketuk lebih kuat dan…
“Tiga langkah ke belakang.” Tiba-tiba ada satu suara dari arah luar seolah memberi arahan kepada aku.
“What?” Ingat nak berkawad ke apa?
“Like right now!” Suara itu lagi.
Aku pun terus melangkah ke belakang.
“One… two… three… done!” Aku berdiri tegak sebelum…
Bangggg!
Pintu ditolak kuat dari luar. Aku terjerit sebab terkejut sebelum jeritanku berhenti serta merta sebab…
“Well it’s a third time I guess!” Zarif tersenyum sinis.
“It’s you! Again?!” Mulutku ternganga.
“You ni memang selalu bad luck ke?” Dia masih tersenyum sinis tapi matanya yang memandang tepat ke arah mata aku tu buat aku jadi serba tak kena! Haish part ni yang aku lemah ni. Pantas aku mengalihkan pandangan ke arah lain selain pada sepasang mata redup milik Zarif.
“Err…” Aku macam hilang kata-kata.
“Nah don’t thank me! Just be more careful next time.” Zassss! Zarif terus chow dari situ sebelum sempat aku berkata apa-apa.
Aik? Apakah? Dia bukan nak pergi toilet ke? Kalau tak asal dia ada kat sini kan? Dia ni memang klon Edward ke apa? Suka muncul secara tiba-tiba and blah tanpa bagi signal! Masa aku bersalam-salaman untuk pulang pun aku perasan kelibat dia dah takda.
Hmm that’s weird.
********
HARI sabtu macam ni memang aku malas nak ke mana-mana. Sekadar melepak seharian dekat rumah. Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi. Mama awal pagi lagi dah keluar pergi ber-aerobik bersama kawan-kawannya. Aku berjalan menuju ke arah balkoni bersama gelas berisi susu.
“Ahhh.. Good morning sunshine!” Aku mendepakan kedua-dua tangan sambil memejamkan mata. Konon nak menikmati udara pagi yang segar. Perlahan ku teguk susu yang menjadi minuman wajib aku setiap pagi.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi piano sedang di mainkan dari rumah sebelah.
“Eh, I know this song!”
Intro lagu Jealous by Labrinth sedang lincah dimainkan. Aku menjenguk ke arah pintu balkoni rumah sebelah yang terbukak luas. Kelihatan jiran misteri aku sedang duduk bermain piano membelakangkan aku. Dengan t-shirt putih and that messy hair, ni mesti baru bangun tidur. Dan aku tak tau kenapa aku macam terpaku. Jiran misteri aku ni sangat menarik untuk sentiasa di tatap walaupun dari belakang je. Hish apa aku merepek ni? Tapi serious beb, dengan langsir yang beralun ditiup bayu pagi, dengan lagu Jealous instrumental version yang sedang dimain olehnya membuat suasana menjadi sangat romantik! Betul-betul morning vibes gitu.
Aku hanya bersandar di sliding door sambil menikmati alunan piano yang sangat merdu itu. Gaya memang macam pro habis jiran aku ni. Aku tersenyum kecil. Kalau macam ni hari-hari lah aku dapat dengar free live music!
“I wished you the best of… all this world could give…” Tanpa sedar aku turut bernyanyi mengikut alunan piano yang sedang dimainkan. Siap feeling lagi beb!
“And I told you when you left me… there’s noth— …”
Pappp! Tetiba jiran misteri aku tu stop tekan piano. Aik? Dia dengar ke aku nyanyi? Pantas aku pekup mulut dan mencangkung kat situ.
Bammmm!
Sliding door ditutup kuat! Amboi marah ke sebab aku curi-curi dengar? Hish kuat sangat ke aku nyanyi tadi? Tulah kau Hanny nak feeling tak agak-agak.
*******
“WHAT?? Kau dah pernah jumpa Zarif sebelum dia jadi pengapit Iskandar lagi?” Elena terpekik kuat. Petang itu aku menerima kunjungan Elena yang datang melepak.
“Hish, jangan lah jerit! Aku tak pekak lagi.”
“Answer me!”
“Ya… aku dah pernah terjumpa dia. Dalam LRT!”
“And then?”
“Then what? Terkejutlah bila tau dia pengapit Iskandar. I mean keciknya dunia ni.”
“Lepas tu?” Elena seboleh-boleh nak korek cerita dari aku.
“Then after wedding that day, I met him again in the LRT!”
“Oh my oh my.. Hanny, it’s your D!”
“D what??” Aku kerut muka. Ada-ada je si Elena ni.
“Your Destiny!”
“Hell no! You know what happened masa tu? Aku hampir jadi mangsa sex maniac dalam LRT and tup tup ada dia. And he saved me!”
“Oh my god Hanny! Macam dalam drama!” Elena makin excited.
“Drama kau. Malu gila aku masa tu tau tak! Sebab tu aku terkejut gila masa ternampak dia dekat rumah Farah that day. Malu tau maluu?”
“Hanny, believe me. Kalau ada pertemuan seterusnya antara kau dan Zarif lepas ni, I bet that he’s your destiny, your jodoh dear!”
Aku hanya gelak je mendengar kata-kata dari Elena. Sebenarnya aku pun berharap benda yang sama. Tapi.. bila lah aku dapat jumpa dia lagi?
“Did you crush on him?” Soalan Elena buat aku malu tetiba.
“Of course not!” Aku tunduk malu.
“Come on Hanny. Be honest.”
“A bit actually. I mean, he’s something. I don’t know what it is, but there is something about him. Jantung ni macam berdegup kencang lain macam bila tengok dia.” Aku tersenyum simpul.
“You’ve fallen for him!”
“Oh my god malu!” Aku tutup muka sebab malu sambil ketawa gedik.
“Ngada-ngada! Lepas ni mama kau dah boleh lah stop tanya kau dah ada calon ke belum hehe!”
“Elenaaa!” Aku cubit geram lengan Elena sambil buat muka muncung-muncung cute. Malu lah!
*********
MUSIC Cafe adalah tempat favourite aku melepak lepas balik kerja. Saja tenangkan fikiran sambil sisip coffee kegemaran bertemankan live music yang memang hari-hari ada orang nyanyi kat cafe ni. Lagu yang di mainkan hari ni adalah lagu Strangers In The Night by Frank Sinatra.
“Thank you.” Aku senyum kepada pelayan yang baru meletakkan minuman kat atas meja aku sambil selak helaian buku Haruki Murakami tajuk The Strange Library.
Aku tersenyum mendengar bait lirik lagu yang sedang dinyanyikan gadis manis bersama pianonya di atas pentas mini yang terdapat di cafe tersebut.
“Something in my heart tell me I must have youu..” Aku turut mengikut menyanyi bait lagu tersebut. Senyum aku makin melebar. Lagu ni betul-betul kena dengan situasi aku yang tengah angau ni. Angau? Yes, aku tengah mabuk jatuh cinta dengan Zarif, my Mr. D. D for destiny. Hehe!
Aku letak buku Murakami kat tepi meja dan capai cawan Caramel Machiato panas kegemaran aku. Perlahan ku sisip sebelum…
Tapp!
Buku Murakami aku terjatuh sebab terkena peha pengunjung cafe yang lalu di tepi meja aku.
“Do you mind??” Aku pandang buku yang berada di atas lantai tersebut dengan persaan bengang. Geram betul! Jalan tu main pakai jalan je tak guna mata.
“I’m sorry..” Lelaki itu membongkok untuk mengambil buku Murakami aku.
Aku kerut muka serius!
“Here you go…” Lelaki itu dengan selamba hulur buku Murakami kepadaku.
Jantung aku hampir terhenti degupan!
Zarif!
“Hey, it’s you again and again.” Lelaki itu senyum sinis. Macam biasalah. Tapi kenapa part yang ‘again and again’ tu aku rasa macam dia perli aku?
“Err.. well…” dan aku macam biasa, selalu hilang kata-kata bila berada depan mamat ni. Zarif tenung muka aku. Ugh don’t look at me like that will you? Dah melting habis ni!
“Abang, nak duduk mana?” Tiba-tiba seorang gadis cantik muncul dari belakang. Dia kemudian tersenyum manis ke arahku.
“Eh, do you know her?” Gadis itu bersuara lagi sambil berdiri rapat di sebelah Zarif. Entah kenapa aku rasa macam nak blah dari situ!
Zarif dah berpunya and of course I’m jealous!
“Nope!” Pantas Zarif menjawab dan terus chow dari situ meninggalkan aku yang tengah confuse. Gadis itu pantas mengekorinya.
Aku terkejut dengan jawapan selamba dari Zarif itu. Hati ni semacam kecewa. Ya aku kecewa!
Selang 10 minit kemudian…
Aku macam dah tak boleh duduk lama-lama dekat cafe tu lagi. Hati ni sakit dengar kemesraan dua merpati sejoli yang tengah tergelak-gelak bahagia dari tadi. Kuat pulak tu! Memang sengaja nak suruh aku dengar ke apa? Ngam-ngam pulak gadis penyanyi dekat cafe tu nyanyi lagu sedih I Know You by Skylar Grey. Aku dah tak tahan! Pantas aku masukkan buku Murakami ke dalam handbag, panggil pelayan untuk kira bill and laju aku chow dari situ.
*********
“DO YOU KNOW HER?”
“Nope!”
Aku pejam mata. Aku masih tak boleh lupa ‘nope’ yang keluar dari mulut Zarif tadi. Kalau ya pun jangan lah cakap ‘nope’. Cakaplah pernah jumpa a few times ke apa ke. Jawapan ‘nope’ tu terlalu menyakitkan bagi aku. Tapi Hanny.. kau dengan dia adalah strangers after all. He don’t even know your name pun.
Aku mengeluh berat. Angin malam menampar lembut pipi aku. Gitar di riba aku peluk kuat. Takda mood nak petik gitar malam ni. Hati tengah frust ni! Aku toleh kiri. Sliding door rumah jiran misteri aku terbukak luas. Dah dekat pukul 11 malam, tak tidur lagi ke?
Aku bersandar di kerusi santai di balkoni sambil melihat bintang-bintang malam.
Haih… Hanny, you should’ve stop it now. Your feelings toward lelaki yang kau terjumpa secara kebetulan sebanyak 4 kali including kat cafe tadi, 5 kali tu kau patut lupakan je. Sebab he ‘s already with someone else. Padahal masa tu dia cakap dengan mama dia I don’t wanna get married bagai. Tapi tadi siap ber-abang segala!

Tiba-tiba bunyi piano kedengaran. Hah jiran misteri aku dah start dah!
“Eh? Lagu ni lagi?” Kedengaran intro lagu Jealous by Labrinth sedang dimainkan.
“Lagu favorite dia kot… Haih, macam faham-faham je aku yang tengah frust hari ni.”
I’m jealous of the rain
That falls upon your skin…
Aku menyanyi seperlahan yang mungkin kerana takut jiran misteri aku ni perasan pulak yang aku curi-curi dengar. Nanti tak pasal-pasal dia hempas pintu lagi!
It’s closer than my hands have been
I’m jealous of the rain
I’m jealous of the wind
That ripples through your clothes
It’s closer than your shadow
Oh, I’m jealous of the wind, cause
I wished you the best of
All this world could give
And I told you when you left me
There’s nothing to forgive
But I always thought you’d come back, tell me all you found was
Heartbreak and misery
It’s hard for me to say, I’m jealous of the way
You’re happy without me
I’m jealous of the nights
That I don’t spend with you
I’m wondering who you lay next to
Oh, I’m jealous of the night
I’m jealous of the love
Love that was in here
Gone for someone else to share
Oh, I’m jealous of the love…
Dan malam itu aku meratapi hati yang kecewa sambil bertemankan bintang malam dan lagu Jealous oleh jiran misteriku.
*********
AKU lari selaju yang mungkin. Hari sabtu kali ni aku keluar awal pagi untuk jogging di sekitar taman yang terdapat di kawasan apartment Sri Rampai ni. Sudah hampir seminggu peristiwa ‘nope’ yang buat aku frust menonggeng tu berlaku dan aku pun dah tak terjumpa lagi Zarif dekat mana-mana. Eloklah! Aku pun tengah dalam sesi moving on. Tengah nak lupakan dia.
Aku geleng kepala laju dan teruskan larian sehingga…
Gedebukk!
Aduhhh!
Aku pegang bahu yang sakit akibat di langgar oleh malaun mana tah main pakai rempuh dari arah belakang.
“Hoi buta ke hah??” Aku menengking kuat.
Lelaki itu menoleh. Dan aku sempat berkata dalam hati, it’s 6th!
“I memang sengaja langgar. Kot-kot boleh berkenalan. Bukan ke dalam drama or filem, scene langgar-langgar ni is taktik untuk mengorat?” Zarif macam biasa dengan gaya selamba dia.
Aku pandang dia atas bawah. Sweater Nike, seluar pendek paras lutut, kasut Nike Roshe One Flyknit iD warna hitam (favorite aku!). Oh my god! Tak boleh handsome lagi ke? Hish behave Hanny behave. Ingat yang dia dah berpunya! Ingat tuu. Aku larikan pandangan ke arah lain. Muka aku kerut serius habis. Zarif tersengih. Hish mamat ni unpredictable betul! Lepas tu spontaneous. Suka-suka hati je langgar orang sebab nak ngorat!
“Ehem! Kita ni kenal ke? Takkan?” Aku perli dia sambil rolling eyes. Hish kau ni Hanny obvious sangat! Ah lantak lah.
“So boleh ke tak ni I nak mengorat you?” Zarif senyum menggoda.
Aduh! Aku cuba maintain cool habis.
“Sorry I got to go!” Aku blah dari situ sambung jogging.
“Hanny!” Zarif memanggil aku. Serta merta aku freeze!
DID HE JUST CALLED MY NAME??
Macam mana dia tau nama aku??
“Is your name Hanny? Cause Honey, I’m desperately want to ‘mengorat’ you.” Zarif senyum semanis gula tahap diabetes!
Aku hampir lemah lutut.
“Are you insane? Tersalah makan ubat eh?” Aku buat muka ketat habis sebelum lari jauh meninggalkan Zarif.
*******
AKU naik atas bila rasa dah penat jogging and peluh dah membasahi satu badan. Aku perasan masa nak masuk ke rumah tadi, rumah jiran misteri aku tu riuh rendah dengan kehadiran tetamu. Pelik jugak sebab jarang orang datang rumah dia. Hmm whatever lah! Aku duduk atas sofa sambil flash back balik apa yang berlaku tadi. Selamat mama takda. Kalau tak mesti dia pelik tengok anak dia yang tengah on the way nak jadi orang gila ni.
“Kejap, kejap! Mana dia tau nama aku ni? And kenapa dia jogging kat sini? Ke dia memang tinggal kat apartment ni jugak?”
Aku bangun. Ke hulur hilir berjalan.
“Macam mana dia boleh tau nama aku eh? Hah, maybe dia tanya Iskandar kot? Ha tu boleh diterima lah. But what is he doing here?”
Ughh!
Aku bukak luas sliding door. Angin menderu masuk. Aku jejak kaki ke balkoni sambil membebel tak sudah tentang ‘Zarif The Unpredictable and Spontaneous Guy’!
“Hish. Spoil betul lah! Baru nak lupakan kau, tup tup kau muncul! Ugghh!” Aku garu-garu kepala sampai berjuraian rambutku dari ikatan.
“Ma how many times do I have tell you? I don’t wanna get married! Tak kira lah dengan Sarah ke, Natasha ke, Zalikha ke? Sorang pun Za…”
Aku pantas toleh ke kiri bila dengar jiran misteri aku meluru keluar ke balkoni sambil bercakap di talian.
Tappp!
Handphone dia terjatuh ke lantai. Dia memandang tepat ke arahku dengan muka yang jelas terkejut gila! Aku pun lagi lah terkejut nak mati sampai hanya mampu ternganga mulut dan membulatkan mata. Suara bagai tersekat di kerongkong!
“Wa.. wha… what.. are you… doing here.. Za… Zarif?” Aku gagahkan diri jugak untuk keluarkan suara.
Muka dia masih dengan mimik terkejut. Handphone dia yang terjatuh kat atas lantai tadi dia tak peduli. Mata dia masih pandang tepat ke mata aku.
Abang, are you okay? Jom makan..” Tetiba seorang gadis menjenguk dari pintu.
Oh my oh my that girl! That girl masa kat Music Cafe! Eh? So ni rumah girlfriend dia ke? Siap datang rumah bagai kot. Oh my god rasa macam nak terjun dari level 24 ni! Drama apa yang dorang tengah shooting ni? Aku confuse!
Zarif masih terkaku dan terpaku kat situ. Mata masih maintain tengok muka aku. Rasa macam kena scan je.
“Abang Zarif…” Gadis itu menghampiri Zarif.
Can you stop calling him ‘Abang’ cause I get drunk of jealousy!
“Eh, Kak Hanny!?”Gadis itu tetiba bertempik kuat!
“Kak Hanny??” Dahi aku berkerut.
“Abang, don’t tell me yang korang ni sebenarnya berjiran?!” Gadis itu excited.
“I just.. found out!” Zarif mula ukir senyum. Aku pulak makin confuse tahap dewa!
“Hahaha! How sweet of you guys!” Gadis itu gelak galak.
“Zarif, can you explain??” Aku makin serabut. Siapa pulak budak perempuan ni dok panggil aku Kak Hanny bagai!
“By the way, this is Marissa. Adik sepupu I.” Zarif maintain cool. Marissa tersengih-sengih dari tadi.
“What?? Then macam mana dia tau nama I? And macam mana YOU tau nama I?” Aku perlukan jawapan kepada persoalan persoalan yang buat aku serabut ni!
“Well it’s a long story..” Zarif yang masih berpakaian sama ketika jogging tadi selamba masuk tangan dalam poket.
“Make it short!”
“I’ll tell you but not now!” Zaassss! Macam biasa Zarif terus chow and masuk ke dalam rumah meninggalkan aku di balkoni sebelah dan Marissa yang hanya mampu menjongketkan kening.
“What was that?” Aku dan Marissa sama-sama jongket kening!
Dan malam itu aku tidur bersama senyuman! Mau tak, lelaki yang aku crush selama ni rupanya berjiran dengan aku! Oh my god, so Zarif is my jiran misteri all this while? And dia pandai main piano! Oh my god… aku tekup muka dengan bantal sambil ketawa gedik siap guling-guling atas katil.
******
AKU capai susu Good Day yang di letakkan di depan pintu rumah sewaktu ingin keluar ke tempat kerja. Nota yang terlekat di kotak susu itu aku cabut dan aku baca apa yang tertulis.
Meet me after work at Music Cafe.
Zarif,
p/s: I’ll be waiting!
“Hehehe!” Aku ketawa tekup mulut sebab terlalu bahagia tak terkata!
PETANG itu Music Cafe agak ramai pengunjung sehingga aku terpaksa tunggu customer yang dah nak habis, baru aku dapat seat. Yang peliknya, bayang Zarif aku tak nampak-nampak dari tadi.
“I’ll be waiting lah sangat…” Aku berkata perlahan sambil mata melilau mencari kelibat Zarif namun tetap tak kelihatan. Aku sempat memesan coffee kegemaran dan berkira untuk menghubungi Zarif but ah! I don’t have his number though…
Tiba-tiba…
“Hello.. mic test 1 2 3..” Zarif ku lihat sudah duduk di hadapan piano di atas pentas mini Music Cafe.
“Oh my…” Aku tutup mulut lagi. First time dapat tengok depan-depan kot! Sebelum ni curi-curi dengar je tu pun tengok dari belakang.
“This song I dedicate to Hanny, my lovely neighbour!” Zarif mula menekan piano. Aku dah macam nak tumbang kat situ!
Everyday I wake up next to an angel
More beautiful than words could say….
Semua mata tertumpu ke arah Zarif yang nampak sangat cool gila! Never did I know that he can sing too!
They said it wouldn’t work but what did they know?
Cause years passed and we’re still here today
Never in my dreams did I think that this would happen to me
As I stand here before my woman
I can’t fight back the tears in my eyes
Oh how could I be so lucky
I must’ve done something right
And I promise to love her for the rest of my life
Mata aku tiba-tiba berkaca!
Seems like yesterday when she first said hello
Funny how time flies by when you’re in love
It took us a lifetime to find each other
It was worth the wait cause I finally found the one
Never in my dreams did I think that this would happen to me
As I stand here before my woman
I can’t fight back the tears in my eyes
Oh how could I be so lucky
I must’ve done something right
And I promise to love her for the rest of my life…
Zarif menyanyikan dengan penuh perasaan sehingga mendapat tepukan dari pengunjung Music Cafe. Aku happy memang lah happy tapi dalam masa yang sama, aku still perlu penjelasan dari Zarif. I mean what is it all about? Kan?
Zarif turun dari pentas mini dan berjalan ke arahku. Jantung ni pun mulalah nak berdegup kencang tak ingat dunia! Dia pulak dengan selamba duduk dekat depan aku sambil sisip Caramel Machiato aku. Very spontaneous lah this guy!
“So how’s my voice?” Zarif sengih lebar.
“Spectacular!” Aku senyum ikhlas.
“Bila I boleh mengorat you ni sebenarnya?” Tiba-tiba dia keluarkan soalan tu.
“Explain dulu dekat I, what is it all about? I nak tau from A to Z.”
“Well I think you were destined for me.” Dia mula serius.
Oh my god dia pun fikir benda sama!
“Bila you sedar tentang tu?” Aku menyoal.
“Bila kita terjumpa for a second time masa dekat wedding Iskandar and Farah and I makin yakin bila kita mula ada pertemuan ketiga, keempat dan seterusnya!”
“But how did you…” Aku tak habis cakap lagi.
“But seriuosly, tentang you sebenarnya adalah jiran I tu memang I tak tau langsung! I terkejut gila kot. I cuma tau yang you tinggal di Sri Rampai but never did I know yang you actually jiran I.”
“How…” Zasss kena potong lagi!
“Well, I tanya dari Iskandar dan Farah since Farah is your cousin.”
“How about Mari…” Again!
“Marissa adik sepupu I, well masa dekat Music Cafe tu I cerita habis-habis pasal you dekat dia, I mean pasal I pernah jumpa you a few times, kebetulan demi kebetulan dah berubah menjadi takdir!”
“Masa dekat rumah Farah, Oh please don’t cut my words! Masa dekat rumah Farah dulu you buat apa dekat dapur, I mean the day you saved me for the 3rd time tu.”
“Hahaha!” Zarif tetiba gelak!
“I perasan ada you masa tu and tup tup tengok dah hilang tu yang I cari sampai dalam rumah… and rupanya terperangkap dalam toilet! You know how funny it was?” Zarif gelak lagi. Muka aku dah merah sebab malu tapi lama-lama aku pun turut gelak.
“Cukuplah gelakkan I…” Aku pegang perut sebab penat gelak.
“Well.. ada apa-apa lagi you nak tanya sebelum I pulak nak tanya you..”
“ Takda dah. Okay now it’s you turn!”
“Okay, I teringin sangat nak tau kenapa you tak nak kahwin. I mean you know that day when we first met dalam LRT, kita cakap ayat yang sama serentak!”
“I bagi jawapan cliche boleh? Sebab tak ready…”
“Tak ready as in what? Zahir batin or financial or what?” Zarif ni talkative and funny jugak!
“Haha! In every aspect.”
“Sebab…?”
“Yelah… I still kurang sana sini, masih belum layak untuk mana-mana lelaki. My mom pulak asyik bagi soalan-soalan cepu-emas haha! Stress kot!”
“It’s okay Hanny…”
Aku tak boleh sembunyikan senyuman! The way dia sebut Hanny tu pada pendengaran aku macam Honey. Hehe!
“Kenapa senyum-senyum ni?” Zarif senyum jugak.
“Hmm nothing!”
“Hanny.. kekurangan you tu akan melengkapkan I…” Zarif pandang tepat mata aku dan aku hampir nak gugur jantung dengan panahan sepasang mata redup itu.
“Maksud you?” Aku angkat kening.
“You are the one that I’ve been waiting for all this while, Hanny.”
Dup dap dup dap!
Aku terdiam. Hanya menanti ayat seterusnya dari mulut Zarif.
“Hanny, hari ni I nak buat keputusan yang besar sepanjang I hidup.”
“Apa dia?”
“I nak tukar ayat from ‘I don’t wanna get married’ to ‘Will you marry me?’” Perlahan Zarif mengeluarkan kotak cincin dan membukanya.
Mataku mula berkaca. Aku tekup mulut.
“But Zarif…” Aku rasa ada setitik air mata dah jatuh.
“I know you tak ready, tapi I akan buat sampai you ready!” Zarif sengih nakal.
Aku tergelak!
“Zarif.. I tak boleh bagi jawapan sekarang…”
“It’s okay dear, I’ll wait.” Zarif senyum lebar.
********
ONE YEAR LATER…
Aku dan Zarif sama-sama berbaring di atas kerusi santai di balkoni sambil melihat bintang malam. Tangannya dilingkar kemas di pinggangku sambil mengucup ubun-ubunku dari tadi. Haih romantik betul suami aku ni! Hari-hari aku melting. Hari-hari aku jatuh cinta dengan my ex-jiran yang merangkap suami kesayangan aku sekarang!
“Honey….” Zarif memanggilku perlahan.
“Hmmm…”
“So it was you huh?”
Aku mendongak sedikit mencari wajah Zarif.
“What?”
“Abang baru teringat, It was you yang jadi my backup singer masa Abang main lagu Jealous by Labrinth kan?” Zarif tergelak.
“Hahaha! That’s my fav song lah bang. I can’t help though…” Aku benam muka ke dada Zarif sebab malu plus kelakar bila teringat balik moment tu. Bukan main lagi aku feeling lagu tu.
Tak pernah aku sangka yang aku akan berada di dalam pelukan lelaki yang pernah jadi crush aku merangkap jiran misteri aku jugak. Sampai sekarang pun aku masih crush dengan suami sendiri. I just can’t help falling in love with him. Like ever!
“Hanny…?”
“Hmmm…?”
“Is your name Hanny? Cause Honey, Abang want to ‘mengorat’ you right now!” Pantas aku di cempung masuk ke dalam bilik.
Aku terjerit. Alah jerit-jerit gedik dengan suami sendiri takkan tak boleh ya dak? Hehe!
Tapp!

No comments:

Post a Comment