here for everything!

Thursday, July 23, 2015

selamat petang!

                                                                  Assalamualaikum:) 

Bismillahirahmanirahim, sekadar kadar mencelah disebalik kesibukan dunia. Hi! dan selamat petang semua, apa khabar? aku sihat alhamdulillah dan insyAllah selamanya.....

so, sebelum aku memulakan coretan hati aku pada hari ini, aku cuma nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin bagi semua umat islam pada hari ini, maafkan aku andai coretan aku pada masa yang lalu ada buat korang terasa hati atau terkecil ataupun tercuit hati. Maafkan aku jugak, sebab aku hanya boleh jadi diri aku je, walau macam mana aku bersembunyi disebalik batu, sifat dan perangai aku tetap akan sama, cuma yang terlalu setan tu mungkin akan aku ubah sedaya upaya yang boleh, *ecehhh* ayat bukan main. uish, blogger kan uoolss.

selamat lah berhari raya!, jadi seperti biasa tradisi melayu bila beraya, samaada bayi, budak, belasan tahun mesti akan beraya mengutip duit raya di sekeliling kampung mahupun taman.Jadi janganlah komplen kalau ada setengah makcik yang bagi kau duit raya secoit je, bersyukurlah, dari aku ni duit raya tak dapat pon. em. Tapi aku sebagai orang dah besar lah jugak ni, rindu sangat raya dulu dulu, mesti kiteorang berkumpul dengan sedara yang agak umur dah nak dekat tu, sama sama berbual cerita pasal kenangan pahit ketika bayi, samaada terjatuh dalam longkang, terminum sabun atau apa apa ter sekali pun. RINDU GILOOOOOO! rindu tahap gaban. Lepastu bila malam raya kiteorang akan main mercun, terutamanya mercun naga! my favourite tapi paling cantik mestilah yang kebaboom tinggi tinggi tu.. rindu sangat, tapi sekarang ni, sebagai seorang anak dara yang sopan, hahaha lah sangat kan.. kenalah hadap dapur masak rendang berbagai kuih muih, adui best! tapi bila dieorang dah makan, bukan tau nak basuh pinggan sendiri, ni hah letak tabur dekat singki, tunggu bibik (aku dan keluarga perempuan) untuk basuhkan berkilat dieorang punya pinggan mangkuk segala bekas makanan. Raya tahun ni jujur aku kata tak bessttttttt! memang baju cantik, cantik gile tapi tahun ni takde pon pergi beraya macam waktu kecik, semua rumah sedara kiteorang akan serbu ramai ramai bersama cousin yang lain.

Seriously, rasa lain sangat raya tahun ni, berbeza dari tahun yang lain. tak best, tak seronok, dah takde dah main mercun ramai ramai, dah takde dah, makan berbual beraya sakan ramai ramai, takde!!!! semuanya balik kampung suami, memandangkan akak aku semua dah menjadi hak milik kekal abang ipar aku, em so kenalah balik kampung suami, mak ayah aku pun dah takde dah nak layan sangat kiteorang, just satu syawal tu jelah. then aku ni dok terperuk kat rumah, kemas rumah, masak dan menunggu budak budak yang datang beraya.. em so saddd. takpe! tahun ni aku akan bertungkus lumus untuk result gempak bagi big year exam. tapi tahun depan aku akan sambut puas puas raya nanti! aku nak bangkitkan balik zaman raya waktu kecik. em tulah azam tahun depan. Tapi sebagai seorang yang beragama islam aku bersyukur alhamdulillah...sebab dapat menyambut hari raya untuk tahun yang kelima belas dalam hidup aku yang ganjil lagi comel hehehe so bye.. azan pon dah berkumandang, menandakan waktu solat dah tiba! so bye assalamualaikum..


salam sayang, 
   Ummi Hanisah.

No comments:

Post a Comment